Translate

Rabu, 9 September 2020

POKOK KELADI/YAM

Pokok keladi dahulunya dianggap biasa namun kini semakin menjadi kegilaan peminat pokok hiasan dek kerana variasi warna dan coraknya yang pelbagai. sesetengahnya boleh mencecah harga ribuan ringgit dan ada juga sesetengahnya tidak tumbuh di negara ini atas faktor cuaca yang kurang sesuai, sebelum tu ,jom kenali spesis2 keladi .

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara. Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.





Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu bagi menghiasi kawasan dalaman rumah.


Sekiranya terdedah secara langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai  pelbagai kombinasi warna dan corak yang agak memukau.



Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun pokok Kelapa Sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Caladium Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, Caladium Humboldtii Schott  pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Caladium Hortulanum   pula ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.






Manakala, variasi pokok keladi(caladium) yang sering dijadikan pokok hiasan pula sangat banyak. Di sini ada beberapa pokok keladi hiasan yang sempat saya rekodkan namanya  berdasarkan carian web seluruh dunia...













Banyak bukan ..? Ye memang banyak  variasi keladi hiasan ini..dan sebahagian daripadanya  ada ditanam dan dijual  di Malaysia..


Bunga Kantan/ Info pendek

Bunga Kantan  atau nama saintifiknnya   Etlingera elatior  sejenis tumbuhan  herba dalam keluarga halia  ( Zingiberaceae).  Ianya tumbuh asl...