Translate

Ahad, 9 Julai 2023

Bunga Kantan/ Info pendek

Bunga Kantan atau nama saintifiknnya Etlingera elatior sejenis tumbuhan  herba dalam keluarga halia  (Zingiberaceae). Ianya tumbuh asli di Thailand , Malaysia dan juga di Kepulauan New Guinea.

Bunga Kantan  banyak diguna pakai sebagai bahan dalam masakan Melayu.Contohnya Laksa , Nasi Kerabu dan Asam Pedas.






 

Pokok dan daun

*Akarnya jenis rimpang (batang pokok dlm tanah) tebal yang menjalar di bawah tanah dan mengeluarkan banyak tunas.Akar mudanya berwarna merah jambu, akar yang tua dan matang berwarna kuning air.

*Pokok kantan sesuai tumbuh di kawasan berdekatan sumber air.

*Pucuk daun kantan tumbuh daripada rimpang selepas 18-22 hari.

*Helai daunnya berbentuk bulat panjang dan kasar dengan ukuran lebar kira-kira 0.20–0.915 meter panjang,15-30 helai daunnya disusun dalam dua baris dan berselang seli.

*Pangkal daun berbentuk bulat atau jantung, tepinya berlekuk dengan hujung yang pendek dan meruncing.

*Pangkal ini gondol dan berwarna hijau menggilap tetapi berbintik halus dan rapat. Sisi bawahnya sering berwarna keunguan ketika muda.Pucuk ini tahan selama kira-kira 70 hari dengan ketinggian 3-5 meter.

*Pokok kantan yang tua menumbuhkan rumpun batang pokok yang banyak tetapi tidak padat. Batang-batang tuanya menyerupai batang pokok halia atau lengkuas.





seperdu pokok kantan
pic source : warisanpetani.blogspot.com





 Bunga

* Bunga muncul dalam jambak berbentuk gasing dengan bertangkai panjang, ukurannya 0.5-2.5 m kali 1.5-2.5 sentimeter.
* Jambak bunga kantan boleh terdapat dalam warna merah, merah jambu,dan putih. Kudupnya berubah warna selepas empat hingga tujuh hari.
Daun pelindungnya berbentuk jorong dengan ukuran 7–18 sentimeter panjang dan 1–7 sm lebar, ia berwarna merah jambu hingga merah terang.
Kelopak bunga berbentuk tabung panjang 3-3.5 sm dengan hujung yang terbelah tiga. "Bibir" lebar kelopak-kelopaknya (labellum) berbentuk seperti sudip dengan ukuran sekitar 4 sm panjang, berwarna merah terang, dan ada tepi berwarna putih atau kuning.
Bunga kantan kembang selepas lebih kurang 50 hari.



 

pic source: 




Bunga kantan ini bermula dari rhizome  yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.

Khasiat
Pokok Kantan mengandungi bahan antioksida iaitu karatinoid yang dapat mengurangkan risiko  penyakit kanser. Air rebusan kantan juga dikatakan  boleh digunakan untuk membasuh luka.







Rabu, 9 September 2020

POKOK KELADI/YAM

Pokok keladi dahulunya dianggap biasa namun kini semakin menjadi kegilaan peminat pokok hiasan dek kerana variasi warna dan coraknya yang pelbagai. sesetengahnya boleh mencecah harga ribuan ringgit dan ada juga sesetengahnya tidak tumbuh di negara ini atas faktor cuaca yang kurang sesuai, sebelum tu ,jom kenali spesis2 keladi .

Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara. Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.





Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu bagi menghiasi kawasan dalaman rumah.


Sekiranya terdedah secara langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai  pelbagai kombinasi warna dan corak yang agak memukau.



Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun pokok Kelapa Sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Caladium Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, Caladium Humboldtii Schott  pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Caladium Hortulanum   pula ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.






Manakala, variasi pokok keladi(caladium) yang sering dijadikan pokok hiasan pula sangat banyak. Di sini ada beberapa pokok keladi hiasan yang sempat saya rekodkan namanya  berdasarkan carian web seluruh dunia...













Banyak bukan ..? Ye memang banyak  variasi keladi hiasan ini..dan sebahagian daripadanya  ada ditanam dan dijual  di Malaysia..


Rabu, 11 Mac 2020

BUNGA SUNDAL MALAM (Tuberose )


Spesis ' The Pearl ' hidup subur di Malaysia berbanding spesis lain berkemungkinan atas faktor cuaca.


Bunga Sundal Malam atau lebih dikenali sebagai The Tuberose dikalangan masyarakat Eropah adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Asparagaceae (Asparagus) 'subfamily' Agavoideae yang mana exstraknya banyak digunakan dalam produk wangian.Tumbuhan ini berasal dari Mexico namun sekarang ditanam dengan meluas sebagai tumbuhan hiasan.

Tumbuhan ini boleh hidup diluar rumah dengan skala ketahanan 8-10 asalkan suhu tidak rendah dari  - 6 °c . Di tempat yang punya 4 musim seperti Eropah ianya akan subur dalam pasu pada musim panas.

Oleh kerana tumbuhan ini dalam kategori 'heavy feeder' anda digalakkan guna baja jenis 'slow release' bagi memastikan pokok mempunyai Fosforus yang mencukupi bagi menggalakkan proses pembungaan.

Tips Mudah Penanaman :

 Biak melalui :
 🌱umbi /ubi/bebawang.
Keadaan Tanah:  
🌱Tanah sentiasa digembur/ tidak suka sekiranya air bergenang kerana boleh merosakkan ubinya  (bahagian akar).


Pencahayaan:

🌱Tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.

🌷 Bunga ini mempunyai tangkai yang panjang jadi pastikan ada 'staking ready' (batang penyokong) bila ianya berbunga.


Berikut adalah variasi Bunga Sundal Malam yang sempat saya rekodkan berdasarkan carian web dari seluruh dunia.



   Tuberose Cinderella
                                                            
Tuberose Yellow Baby

  Tuberose Pink Sensation
                     
 Tuberose Double Flower Form (3 bulbs)
                            
  Tuberose  Pink Sapphire
                        
                                              
 Tuberose Single Flower Form (3 bulbs)





Jika anda seorang yang sukakan bunga-bungaan yang berbau harum anda harus memilih untuk menanam Bunga Sundal Malam  sebagai salah satu koleksi istimewa di taman bunga anda.

Setakat ni tiada lagi laporan mengenai Pontianak yang menyinggah di mana mana taman bunga yang ada tanam Bunga Sundal Malam ni. Jadi jangan khuatir ok....Hehe..



Rujukan dan sumber gambar:



                                

                 

Bunga Kantan/ Info pendek

Bunga Kantan  atau nama saintifiknnya   Etlingera elatior  sejenis tumbuhan  herba dalam keluarga halia  ( Zingiberaceae).  Ianya tumbuh asl...